Ads 468x60px

Social Icons

Featured Posts

PENYOKONG KELANTAN TIDAK BERTAMADUN

LUASKAN KUASAMU JOHOR !! Itulah laungan yang bergema untuk kancah Liga Malaysia musim 2012-2013 ini.. Saya adalah peminat Selangor & Johor. Hakikatnya, saya merupakan ANAK JATI KL/SELANGOR, namun sy mempunyai darah Johor kerana emak sy merupakan ANAK JATI JOHOR. Sorry klu saja nk ceritakan latar belakang sy sikit.. hehe.. Haritu sy pergi ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV utk menyaksikan perlawanan Kelantan & JOHOR DARUL TAKZIM.. Sy, serta roomate Universiti sy pergi kt stadium..  Alang2 belajar kt Kelantan, bila pasukan kesayangan dtg lwn kt sini, apa slhnya pergi tgk. Dgn memakai Jersi Terbaharu JDT, kitorg dgn bersemangat pergi. Penyokong2 JDT berkumpul di Balai Polis di Kota Bharu, bersebelahan Stadium Kelantan. Bila kitorg berarak ke Stadium, mcm2 kata cacian dan makian kitorg dgr dari penyokong2 Kelantan yg awal2 lg TAK MAKAN UBAT n TAK DE TAMADUN tu.. Bila perlawanan start, mcm2 provokasi JDT kene. Antaranya MAT YO GILO, dan mcm2 lg.. Penyokong2 Ultras Kelantan pon menyanyikan lagu yg berbunyi, DARUL TAKZIM ITU SAYUR... DARUL TAKZIM ITU ANJING, wahh, hebat anda menganjingkan KAUM MELAYU ANDA SENDIRI !! Bila Kelantan gol, dorg baling botol minuman, cawan minuman berisi air kt kitorg, dan dorg KOYAKKAN BANNER kitorg.. Pelik bunyi nya kn?? Dorg gol, tp dorg wt mcm tu kt kitorg.. MMG BETUL TAK BERTAMADUN.. Bila JDT gol melalui DANIEL GUIZA, satu stadium DIAM,, yang hanya kedengaran CUMA SORAKAN JDT !!  LAUNGAN "LUASKAN KUASAMU JOHOR" kedengaran smpi la tamat match.. dan kitorg teruskan bersorak.. Kitorg Laungkan nama "GUIZA, GUIZA, GUIZA" !!! Tp ntah knpe, PENYOKONG TAK BERTAMADUN tu nak gaduh dgn kitorg, x puas hati.. smpi SI ANUAR MUSA kne turun.. Apa kes wei?? Last2, utk tujuan keselamatan, kitorg kne masuk ke padang stadium, dan keluar dgn senyap ikut kawasan perumahan polis.. Kelakar pulak dgr kenyataan Klate.net yg kata jgn slhkan sebelah pihak je.. KEPALA HOTAK la! Anuar Musa bleh kata "KEADAAAN TERKAWAL".. klu terkawal, knpe smpi kitorg kne masuk stadium?! Jgn nk memperbodohkan org luar la wei.. ini bkn kali pertama kes ni terjadi.. Igt lagi mcm mne korg HURU-HARA kan Stadium Bukit Jalil pd 2009 bila korg KALAH Final Pala Malaysia?? KORG TAK BOLEH TERIMA YG KORG TU DAH TAK BAGUS, sbb tu korg nk cari gaduh.. pasal bola pon nk gaduh.. MELAYU SAMA MELAYU plak tu.. sebelum match, bkn main nk sembahyang, tp lepas sembahyang, wat provokasi.. Terima la hakikat, ANDA TIDAK BERTAMADUN..!! dan JANGAN NK MEMPERBODOHKAN MEDIA N MASYARAKAT LUAR UTK MEMPERTAHANKAN DIRI KORG YG TERANG LG BERSULUH MMG TAK BERTAMADUN!! Inilah dia KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM.. "HEBAT" !!
Utk kali terakhir, tlg dgr ni... LUASKAN KUASAMU JOHOR !!!!!!

                                                                                                    FA17AL 

Monsun - Antara Kualiti & Realiti


Monsun... Itulah tajuk filem pertama keluaran UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.. Selepas melihat Prebiu filem ini, apa yang boleh saya katakan, saya sangat berbangga dengan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan kerana mampu menghasilkan sebuah filem yang mengangkat martabat Universiti saya ini.. Namun, saya tidak boleh mengatakan bahawa filem ini hadir dengan kualiti yang baik.. Industri perfileman Malaysia sememangnya sudah sekian lama berada dalam "ZAMAN KEGELAPAN" dalam bidang perfileman.. Filem-filem yang dihasilkan hanya "TANGKAP MUAT" sahaja, dengan kebanyakan produser dan pengarah hanya mementingkan soal keuntungan sahaja, tanpa memikirkan kualiti yang seharusnya ada pada sesebuah filem yang mampu mengangkat martabat Malaysia pada mata dunia..


Sejujurnyaa, pada pemerhatian saya, filem ini iaitu "THE DARK KNIGHT RISES" adalah filem TERBAIK DI DUNIA pada tahun ini. Kenapa? Jawapannya mudah.. Pengarahnya, Cristopher Nolan telah menggabungkan elemen aksi yang padat, dan nilai moral kemanusiaan yang sangat tinggi pada filem ini. Walaupun filem ini merupakan sebuah filem fiksyen, tetapi cara filem ini disampaikan, membuatkan seolah-olah filem ini sememangnya nyata.. Dan kita lihat pula keadaan filem kita?? Majoritinya boleh dikategorikan sebagai "......." ?? Ya, sememangnya  kkita tidak boleh menyamakan industri filem kita, dan industri perfileman Hollywood yang jauh lagi maju berbanding kita.. Tetapi sekurang-kurangnya, adakah itu wajar dijadikan alasan untuk kita meminggirkan aspek kualiti dan persembahan filem?? Saya bukanlah seorang yang hebat dalam bidang perfileman, tetapi saya hanyalah seorang Pelajar UMK dan seorang manusia biasa yang menonton sesebuah filem berdasarkan kacamata seorang pemerhati yang neutral.. Hanya satu sahaja filem kita yang boleh diberi penghargaan menggunung, iaitu filem BUNOHAN..Sebuah filem yang mempunyai kualiti yang sangat hebat dari aspek sinematografi, yang hampir menyamai kualiti filem Hollywood.. Jadi, kita sebenarnya mampu menghasilkan sebuah filem yang hebat, dengan syarat produser dan pengarah filem tanah air perlu lah mempunyai kesedaran untuk menghasilkan filem yang mempunyai kualiti yang sangat hebat, dan bukan mementingkan aspek kutipan filem semata-mata.. Hal ini demikian kerana, dengan adanya KUALITI, maka akan hadirlah KUANTITI (kutipan filem).. Sebagai contoh, THE DARK KNIGHT RISES adalah antara salah sebuah filem yang telah meraih kutipan tertinggi dalam sejarah Perfileman Dunia.. Kesimpulannya, semoga filem MONSUN akan berjaya di layar perak kelak, dan "MAJULAH INDUSTRI FILEM UNTUK NEGARA"
       
                                                                                                                                                   FA17AL

Cristiano Ronaldo VS Lionel Messi


Kedua-dua pemain ini dianggap sebagai Pemain Terbaik Dunia pada masa kini.. Ronaldo, telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia pada 2008, manakal Messi telah menggondol anugerah tersebut untuk 3 Tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2009-2011.. Persoalannya, siapakah yang akan meraih anugerah tersebut pada tahun ini? Anugerah yang dinamakan sebagai BALLON D'OR ini telah mencalonkan Ronaldo, Messi dan Iniesta sebagai Finalis untuk menjadi Pemain Terbaik Dunia 2012.. Secara tanpa berselindung,  saya memilih CRISTIANO RONALDO. Pada saya, Ronaldo lebih baik berbanding Messi. Ya, Messi mungkin menjaringkan lebih Gol berbanding Ronaldo, namun itu bukanlah kriteria utama yang pperlu diberikan perhatian. Ronaldo boleh menjaringkan gol menerusi Freekick, melalui Tandukan, dan beliau juga mampu menggunakan kedua-dua belah kakinya dengan baik. Malah, beliau telah menjaringkan gol untuk 6 Perlawanan berturut-turut menentang Barcelona dalam semua kejohanan, iaitu sesuatu yang tidak pernah Messi lakukan sewaktu menentang Real Madrid. Ronaldo juga turut membawa Portugal mara ke Final Euro 2004, Separuh Akhir Piala Dunia 2006, dan Separuh Akhir Euro 2008, dengan beliau telah menjaringkan 4 Gol pada kejohanan tersebut. Secara faktanya, adakah Messi pernah mencapai sesuatu yang gemilang bersama pasukan negaranya, Argentina?? Jawapannya mudah, iaitu TIDAK !! Malah, beliau hanya menjaringkan 1 Gol pada Kejohanan Piala Dunia 2010. Namun, beliau tetap meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia pada tahun tersebut.. Ya, secara logiknya, pengundi mungkin memilih Messi kerana kebaikan personalitinya di dalam mahupun di luar padang, berbanding Ronaldo yang dilihat seperti seorang Primadona di atas padang. Namun, itulah yang menjadikan Ronaldo sebagai Pemain yang sangat hebat dalam dunia Bola Sepak masa kini. Ya, Messi memegang Rekod Terkini sebagai Pemain yang telah menjaringkan gol terbanyak dalam Setahun, dengan memecahkan rekod lama lagenda German, Gerd Muller 40 tahun yang lalu. Namun, lihatnya dengan mata yang terbuka.. Ronaldo mampu membawa kejayaan untuk pasukannya secara berseorangan, tetapi Messi memerlukan Iniesta, Xavi, Villa, dan rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.. Messi bukanlah pemain terhebat sepanjang zaman, kerana Pele dan Zinedine Zidane lebih layak untuk diberi gelaran tersebut, tetapi sekurangnya, Ronaldo telah membuktikan beliau mampu menjadi pemain terhebat di 2 liga berbeza, iaitu LA Liga, dan liga yang paling mencabar di dunia, iaitu BPL.. tetapi Messi?? Adakah beliau mampu berjaya di BPL?? Ya atau Tidak?? Pada saya, mungkin TIDAK.. Kerana Messi bukanlah pemain yang hebat jika tanpa rakan-rakannya di Barcelona.. Jadi, kesimpulan saya, CRISTIANO RONALDO ADALAH PEMAIN TERBAIK DI DUNIA PADA MASA KINI, BUKANNYA LIONEL MESSI !! Apakah pandangan anda?? Sila UNDI di POOL yang telah saya sediakan.. Terima Kasih :-)

                                                                                                        FA17AL

Cerita Sebenar Di Sebalik Nama HARIMAU MALAYA

Cerita Sebenar Di Balik Nama 'HARIMAU MALAYA'

Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia.
Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.
Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an.
Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don.
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.
Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4.
Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.
Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.
Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis.
Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya.
Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.
Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

 PERISTIWA DI SUMATERA
Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya.
Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia.
Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.
Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera.
Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi.
Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.
Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’.
Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.
Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.
Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu.
Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu.
Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.
Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri.
Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.
Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia

Fakta Menarik Tentang Tidur

kartun tidur Fakta Menarik Tentang Tidur.
Tahukah anda sebenarnya tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh.Masalah kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri.Daripada penelitian yang dilakukan,didapati bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya.Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres,kortikosteron yang lebih tinggi.Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu.
Tetapi diingatkan,jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur.Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam.Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja.
Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung.Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal.Tidur boleh jadi penyembuh yang baik kerana pada saat kita tidurlah berlaku pertumbuhan organisme tubuh.
Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune.Pada orang dewasa,kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat.Dalam keadaan kurang tidur yang parah,depresi akan bertambah serta otak tidak boleh berfikir dengan betul,banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur.
-Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari,tetapi tanpa tidur manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
-Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala(22jam),Kelawar(19jam) dan tenggiling(18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah(2 jam),rusa(3 jam) dan gajah Asia(3 jam lebih sikit).
-Apabila Dolphin tidur,hanya separuh otaknya akan nyahaktif,lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
-Mengikut kajian pakar,1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
-Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi indah atau ngeri.Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
-Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat,sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
-Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan,50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
-Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
-Saat kita sedang tidur nyenyak,nafas,detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
-Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar.
=>Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi.Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
-Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
-Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi.Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
-Walaupun kita sedang tertidur nyenyak,ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar.Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

Perbezaan Lelaki Dengan Perempuan Masa Lunch Time


Bergurau jer, jangan marah arr

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!


Betul ker??

Manchester United VS Sunderland



MANCHESTER - Manchester United berjaya menewaskan Sunderland dalam lanjutan perlawanan Premier League di Stadium Old Trafford, Manchester, Sabtu (15/12/2012). Dengan begitu, MU kembali menguasai liga dengan kelebihan enam angka daripada pesaing terdekat, Manchester City.

MU membuka keunggulan saat pertandingan baru berjalan 16 minit. Adalah Robin van Persie yang menjadi pencetak gol pembuka MU melalui kaki kirinya. Umpan silang Ashley Young gagal dihalang dengan sempurna oleh bek Sunderland, John O'Shea. Hal itu membuat Van Persie dengan mudah "melahap" peluang emas di depan mata.

Tak memerlukan waktu lama untuk Setan Merah kembali mencetak gol. Tiga minit berselang, awam Old Trafford bersorak menyambut gol kedua yang diciptakan Tom Cleverley. Kolaborasinya dengan Michael Carrick diteruskan tembakan melengkung yang melesak ke penjuru gawang Simon Mignolet.


Setelah turun minum, Sunderland boleh lepas dari tekanan MU. Pada minit ke-48, Craig Gardner sempat mengancam gawang Red Devils melalui sepakan mendatar dari luar kotak penalti. Namun, tendangan eks pemain Aston Villa itu masih boleh dihentikan De Gea.

Pada minit ke-50, Van Persie berkesempatan mencetak gol keduanya pada perlawanan itu. Tetapi, walaupun tinggal berhadapan dengan Mignolet, tendangan cungkil Van Persie masih melebar dari sasaran.

MU akhirnya mencetak gol ketiga. Dari sebuah kerjasama antara Young dan Van Persie, bola lantas diumpan ke depan gawang Sunderland. Di sana, sudah menunggu Wayne Rooney yang dengan mudah menceploskan bola, meskipun mendapat hadangan Jack Colback.

Tertinggal semakin jauh membuat Pengurus Martin O'Neill cuba bermain Fraizer Campbell menukar Adam Johnson. Keputusan tersebut terbukti tepat. Hanya empat minit berada di lapangan, Campbell mampu mengoyak jala MU melalui tandukan selepas menerima maklum Sessegnon pada minit ke-72. Itu menjadi gol pertama Sunderland ke gawang MU dalam enam perlawanan terakhir.

Selesai gol dari The Black Cats, kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang-peluang yang ada. Perlawanan berakhir dengan kemenangan MU 3-1. MU kembali menjauh dari kejaran Manchester City, yang beberapa jam sebelumnya sempat mendekati usai mengalahkan Newcastle United. MU kini mengemas 42 mata dan masih berselisih enam angka dari City. Sementara Sunderland, turun satu kedudukan ke tangga ke-16 dengan 16 mata.


GLORY..GLORY MANCHESTER UNITED !!!!

Team Malaysia - Gemuruh Suara



Tumpasnya Harimau Malaya



Harimau Malaya Tumpas... Kecewa, memang kecewa.. Tapi apakan daya, kita tidak boleh selalunya menang.. Kadangkala, kita perlu merasai kekalahan, supaya kita akan berusaha untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.. Namun, semangat juang skuad Harimau Malaya perlu dipuji.. Mereka tidak pernah menyerah, walaupun perlawanan menentang Thailand tu dibayangi dengan insiden PENGADIL BERAT SEBELAH.. "Worst-Reffereing Decision Ever".. Bak kata Pengulas Star Sports.. Tapi x pe, dengan barisan pemain muda seperti NAZMI FAIZ MANSOR, WAN ZACK HAIKAL, MAHALLI JASULI, FADHLI SHAS, ASRARUDIN PUTRA OMAR, ROZAIMI, HAZWAN BAKRI, IRFAN FAZAIL, SHAHRUL AZWARI, skuad ni PASTI AKAN BERJAYA PADA KEJOHANAN AFF 2014.. HARIMAU MALAYA AKAN BANGKIT, ITU ADALAH PASTI.. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU MALAYSIA !!

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!

Harimau Malaya... Draw lawan Thailand semalam... Tapi lek luuu !!!! Ini Malaysia, konfem akan pergi FINAL!! Singapore, lu tunggu ini Harimau Malaya MENGAUM di FINAL nanti.. hari tu masa kalah 1st Match, kitorang TERTIDUR kejap.. Tapi bak kata orang tua2, JANGAN KEJUTKAN HARIMAU YANG SEDANG TIDUR... :-)
Ayuh Harimau Malaya, buktikan kitalah pasukan TERHEBAT DI RANTAU INI.. OUR TIME IS NOW..Dan untuk sesiapa yang sebelum ni MENGUTUK K.RAJAGOBAL, apa sudah jadi sekarang?? Kita ke semi Final kan?? Dan cuma selangkah je lagi untuk ke Final.. So jangan lah nak tunjuk yang korang tu bagus sangat.. JANGAN JADI LALANG WEI.. Yang menyokong hanya apabila Malaysia menang, tapi bila kalah?? Korang keji.. Saya ANAK MALAYSIA yang menyokong penuh K.RAJAGOBAL, dan SAYA YAKIN HARIMAU MALAYA akan menjadi JUARA.. Sesungguhnya, MALAYSIA "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" !!