Ads 468x60px

Social Icons

Cristiano Ronaldo VS Lionel Messi


Kedua-dua pemain ini dianggap sebagai Pemain Terbaik Dunia pada masa kini.. Ronaldo, telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia pada 2008, manakal Messi telah menggondol anugerah tersebut untuk 3 Tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2009-2011.. Persoalannya, siapakah yang akan meraih anugerah tersebut pada tahun ini? Anugerah yang dinamakan sebagai BALLON D'OR ini telah mencalonkan Ronaldo, Messi dan Iniesta sebagai Finalis untuk menjadi Pemain Terbaik Dunia 2012.. Secara tanpa berselindung,  saya memilih CRISTIANO RONALDO. Pada saya, Ronaldo lebih baik berbanding Messi. Ya, Messi mungkin menjaringkan lebih Gol berbanding Ronaldo, namun itu bukanlah kriteria utama yang pperlu diberikan perhatian. Ronaldo boleh menjaringkan gol menerusi Freekick, melalui Tandukan, dan beliau juga mampu menggunakan kedua-dua belah kakinya dengan baik. Malah, beliau telah menjaringkan gol untuk 6 Perlawanan berturut-turut menentang Barcelona dalam semua kejohanan, iaitu sesuatu yang tidak pernah Messi lakukan sewaktu menentang Real Madrid. Ronaldo juga turut membawa Portugal mara ke Final Euro 2004, Separuh Akhir Piala Dunia 2006, dan Separuh Akhir Euro 2008, dengan beliau telah menjaringkan 4 Gol pada kejohanan tersebut. Secara faktanya, adakah Messi pernah mencapai sesuatu yang gemilang bersama pasukan negaranya, Argentina?? Jawapannya mudah, iaitu TIDAK !! Malah, beliau hanya menjaringkan 1 Gol pada Kejohanan Piala Dunia 2010. Namun, beliau tetap meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia pada tahun tersebut.. Ya, secara logiknya, pengundi mungkin memilih Messi kerana kebaikan personalitinya di dalam mahupun di luar padang, berbanding Ronaldo yang dilihat seperti seorang Primadona di atas padang. Namun, itulah yang menjadikan Ronaldo sebagai Pemain yang sangat hebat dalam dunia Bola Sepak masa kini. Ya, Messi memegang Rekod Terkini sebagai Pemain yang telah menjaringkan gol terbanyak dalam Setahun, dengan memecahkan rekod lama lagenda German, Gerd Muller 40 tahun yang lalu. Namun, lihatnya dengan mata yang terbuka.. Ronaldo mampu membawa kejayaan untuk pasukannya secara berseorangan, tetapi Messi memerlukan Iniesta, Xavi, Villa, dan rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.. Messi bukanlah pemain terhebat sepanjang zaman, kerana Pele dan Zinedine Zidane lebih layak untuk diberi gelaran tersebut, tetapi sekurangnya, Ronaldo telah membuktikan beliau mampu menjadi pemain terhebat di 2 liga berbeza, iaitu LA Liga, dan liga yang paling mencabar di dunia, iaitu BPL.. tetapi Messi?? Adakah beliau mampu berjaya di BPL?? Ya atau Tidak?? Pada saya, mungkin TIDAK.. Kerana Messi bukanlah pemain yang hebat jika tanpa rakan-rakannya di Barcelona.. Jadi, kesimpulan saya, CRISTIANO RONALDO ADALAH PEMAIN TERBAIK DI DUNIA PADA MASA KINI, BUKANNYA LIONEL MESSI !! Apakah pandangan anda?? Sila UNDI di POOL yang telah saya sediakan.. Terima Kasih :-)

                                                                                                        FA17AL

0 comments:

Post a Comment