Tahukah anda sebenarnya tidur mempunyai fungsi yang lebih dari
sekadar merehatkan tubuh.Masalah kurang tidur boleh membuatkan memori
otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri.Daripada penelitian
yang dilakukan,didapati bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari
pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya.Mereka yang kurang tidur
dikatakan mempunyai hormon stres,kortikosteron yang lebih tinggi.Hormon
inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Masalah
gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat
tidur yang nyenyak selama seminggu.
Tetapi diingatkan,jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan
untuk tidur.Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam.Namun
ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5
jam saja.
Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko
masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan
jantung.Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal.Tidur
boleh jadi penyembuh yang baik kerana pada saat kita tidurlah berlaku
pertumbuhan organisme tubuh.
Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan
menganti sistem imune.Pada orang dewasa,kurang tidur boleh menimbulkan
depresi berat.Dalam keadaan kurang tidur yang parah,depresi akan
bertambah serta otak tidak boleh berfikir dengan betul,banyak kes bunuh
diri juga dikatakan kerana kurang tidur.
-Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari,tetapi tanpa tidur manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
-Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala(22jam),Kelawar(19jam) dan
tenggiling(18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula
adalah zirafah(2 jam),rusa(3 jam) dan gajah Asia(3 jam lebih sikit).
-Apabila Dolphin tidur,hanya separuh otaknya akan nyahaktif,lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
-Mengikut kajian pakar,1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
-Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi indah atau ngeri.Mereka
yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau
personaliti.
-Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat,sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
-Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain
dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan,50-50 tentang
lelaki-perempuan lain.
-Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
-Saat kita sedang tidur nyenyak,nafas,detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
-Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman
serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar.
=>Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang
dan depresi.Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita
dan orang tua.
-Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
-Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi.Biasanya titik
paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah
matahari terbit.
-Walaupun kita sedang tertidur nyenyak,ada beberapa bagian dari tubuh
kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar.Itulah sebabnya
mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.
Terbuka Pintu Hati Untuk Al-Quran
11 years ago
0 comments:
Post a Comment