Ads 468x60px

Social Icons

Monsun - Antara Kualiti & Realiti


Monsun... Itulah tajuk filem pertama keluaran UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.. Selepas melihat Prebiu filem ini, apa yang boleh saya katakan, saya sangat berbangga dengan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan kerana mampu menghasilkan sebuah filem yang mengangkat martabat Universiti saya ini.. Namun, saya tidak boleh mengatakan bahawa filem ini hadir dengan kualiti yang baik.. Industri perfileman Malaysia sememangnya sudah sekian lama berada dalam "ZAMAN KEGELAPAN" dalam bidang perfileman.. Filem-filem yang dihasilkan hanya "TANGKAP MUAT" sahaja, dengan kebanyakan produser dan pengarah hanya mementingkan soal keuntungan sahaja, tanpa memikirkan kualiti yang seharusnya ada pada sesebuah filem yang mampu mengangkat martabat Malaysia pada mata dunia..


Sejujurnyaa, pada pemerhatian saya, filem ini iaitu "THE DARK KNIGHT RISES" adalah filem TERBAIK DI DUNIA pada tahun ini. Kenapa? Jawapannya mudah.. Pengarahnya, Cristopher Nolan telah menggabungkan elemen aksi yang padat, dan nilai moral kemanusiaan yang sangat tinggi pada filem ini. Walaupun filem ini merupakan sebuah filem fiksyen, tetapi cara filem ini disampaikan, membuatkan seolah-olah filem ini sememangnya nyata.. Dan kita lihat pula keadaan filem kita?? Majoritinya boleh dikategorikan sebagai "......." ?? Ya, sememangnya  kkita tidak boleh menyamakan industri filem kita, dan industri perfileman Hollywood yang jauh lagi maju berbanding kita.. Tetapi sekurang-kurangnya, adakah itu wajar dijadikan alasan untuk kita meminggirkan aspek kualiti dan persembahan filem?? Saya bukanlah seorang yang hebat dalam bidang perfileman, tetapi saya hanyalah seorang Pelajar UMK dan seorang manusia biasa yang menonton sesebuah filem berdasarkan kacamata seorang pemerhati yang neutral.. Hanya satu sahaja filem kita yang boleh diberi penghargaan menggunung, iaitu filem BUNOHAN..Sebuah filem yang mempunyai kualiti yang sangat hebat dari aspek sinematografi, yang hampir menyamai kualiti filem Hollywood.. Jadi, kita sebenarnya mampu menghasilkan sebuah filem yang hebat, dengan syarat produser dan pengarah filem tanah air perlu lah mempunyai kesedaran untuk menghasilkan filem yang mempunyai kualiti yang sangat hebat, dan bukan mementingkan aspek kutipan filem semata-mata.. Hal ini demikian kerana, dengan adanya KUALITI, maka akan hadirlah KUANTITI (kutipan filem).. Sebagai contoh, THE DARK KNIGHT RISES adalah antara salah sebuah filem yang telah meraih kutipan tertinggi dalam sejarah Perfileman Dunia.. Kesimpulannya, semoga filem MONSUN akan berjaya di layar perak kelak, dan "MAJULAH INDUSTRI FILEM UNTUK NEGARA"
       
                                                                                                                                                   FA17AL

0 comments:

Post a Comment