Ads 468x60px

Social Icons

2 Oktober 2012

            Assalamualaikum.. Inilah ayat pertama yang saya ucapkan sempena Hari Pertama saya membuka akaun Blog ini.. Nama diberi Mohd Faizal Bin Mohd Yusof. Anda semua boleh memanggil saya dengan nama Faizal sahaja. Saya berasal dari Taman Keramat AU 2 Setiawangsa, Kuala Lumpur. Saya dilahirkan pada tanggal 17 Mac 1992 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik dan merupakan anak kepada Mohd Yusof & Roshidah, dan sejak saat itu, Kuala Lumpur menjadi tempat saya membesar. 
Kuala Lumpur..... 
Satu kota yang penuh dengan suka dan duka.... 
Kota inilah yang menjadi tempat saya membesar, bersekolah, bermain, dan berjumpa serta mengenali dengan pelbagai jenis manusia selama 20 tahun.  Tidak pernah sekali pon dalam seumur hidup saya, untuk meninggalkan kota ini.. Kerana kota ini telah banyak berjasa untuk diri saya, dan keluarga. Namun, tarikh 2012 trelah meninggalkan impak besar terhadap diri saya, apabila saya telah ditawarkan untuk melajutkan diri di Universiti Malaysia Kelantan, dalam jurusan Teknologi Kreatif di peringkat Ijazah Sarjana Muda.. Sejujurnya, perasaan saya bercampur-baur apabila mendapat tahu mengenai berita ini.. Kesimpulannya, saya hanya boleh mengatakan bahawa saya gembira, tetapi dalam masa yang sama, saya turut berduka.. 
Saya tidak pernah membayangkan untuk mendapat tawaran di Universiti tersebut, kerana pilihan utama saya adalah UiTM Shah Alam. Namun demikian, demi untuk menyambung pelajaran, saya tetapkan nekad saya untuk menerima tawaran Universiti tersebut, kerana satu-satunya perkara yang menggembirakan saya ialah, saya berjaya ditawarkan jurusan yang paling saya minati, iaitu Teknologi Kreatif.. Hari ini, selepas sebulan, saya boleh membuat kesimpulan bahawa saya gembira berada di Universiti ini, yang terletak di Pengkalan Chepa, walaupun selepas tamatnya semester satu ini, saya akan berhijrah ke Bachok, yang akan menjadi kampus utama bagi bidang Teknologi Kreatif ini.. Harapan saya, semoga saya akan berjaya sepanjang 4 tahun pengajian saya di sini.. Secara ringkasnya, saya juga adalah seorang peminat sukan yang tegar terutamanya bola sepak. Saya meminati pasukan Manchester United, Selangor, dan sudah semestinya skuad Harimau Malaya yang saya cintai..  Selain itu, saya juga penyokong Roger Federer bagi sukan Tenis, manakala untuk Formula 1, saya meminati pasukan Ferrari & pemandunya, Fernando Alonso. Saya juga turut menyokong pasukan Boston Celtics bagi sukan NBA (National Basketball Assosiation), manakala New York Yankees bagi sukan MLB. (Major League Baseball).

 Sekian, Terima Kasih.      
  faizalyusof

0 comments:

Post a Comment